Soalan Tatabahasa


Modul Latih tubi Tatabahasa

Antonim ialah perkataan berlawanan erti

Pilih perkataan berlawanan erti dengan perkataan bergaris dalam ayat-ayat di
bawah ini.
1 Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.
   A kabur
   B pudar
   C terang
   D senang
2 “Kevin sering datang ke rumah saya,” kata Muniandy.
   A jarang-jarang
   B kadangkala
   C selalu
   D kerap
3 Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.
   A sokongan
   B galakan
   C sindiran
   D cacian
4 Orang yang berbaju merah itu gila.
   A baik
   B waras
   C berguna
   D sempurna